wahh entry arinie cam ye2 je kan..bukan ape..nak cerite sikit pasal batu karang nie..sbbnye salah sorang family aku that is mak aku sendiri yang kena penyakit nie..jadik aku ade la wat research sikit pasal menatang nie.. :)
- Apa itu batu karang...??Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.
- *Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera*.
- Tanda-tanda batu karang..batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.Batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
p/s : pape pun same2 lah doakan agar mak aku cepat sembuh dalam penyaki nie..Amiinn....

No comments:
Post a Comment