detik waktu~~


Get your own Digital Clock

Wednesday, February 8, 2012

hidup baru

lain rasanya.

setiap apa yang pernah,
setiap satunya-- sudah berubah;
tidak sama.

subhanallah.



betapa dunia ini dalam sekelipan mata menjadi suatu dunia baru; hanya semata2 kerana cinta. tergamam aku bagaimana bulyon yang dahulu aku geli untuk cecahkan ke lidahku kini jadi antara yang paling aku suka. 
semua kerana cinta.

kalaulah dalam dunia ini SEMUA orang bercinta. bukan cinta2 pavillion. bukan cinta sex-and-burn. bukan cintamati bertubi2 kemudian putus dimati2. bukan cinta kerana cinta. tapi cinta kerana dicinta. dan dunia akan jadi terlalu cantik untuk didiami.



kerana cinta yang ramai kita pegang adalah cinta kerana cinta.
cinta kerana kita yang suka.
cinta wang.
cinta barang.
cinta orang.



cinta kerana dicintai itu bagi aku adalah sebaiknya. cinta yang tak perlu dikejar. cinta yang mengetuk muka pintu dengan comot wajahnya, bersedia dimaki tak sedar diri. cinta yang jujur "aku ini apa yang terlihatkan dan itu saja". cinta yang jenisnya ada namun tak terpedulikan siapa2 kerana sentiasa ada.


terima kasih Ya Allah
masih ada peluang kedua untukku yang kau berikan. moge Kau lanjutkan umurku.. 

No comments: